Thursday, September 3, 2009

Suami ku syurgaku


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com





Daisypath Anniversary tickers

Terlalu pantas masa berlalu kini perkahwinan kami telah berusia 17 tahun satu jangkamasa yang boleh dikatakan lama jugaklah kan....erm
Darling....may our love be like an evergreen tree....antara lirik kegemaranku lagu nyanyian cliff richard...
itulah harapan ku terhadap perkahwinan kami semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...

Mengimbau kembali sejarah perkenalan kami bermula ketika semester pertama di UPM. Perkenalan bermula di kebun sayur ....(ha ha ha kat Universiti pertanian lah tu...)Masa tu suami aku ni rugged orangnya samalah dengan aku masa tu...Dari situ bermula lah episod percintaan kami sehingga kami disatukan sebagai suami isteri...Jodoh pertemuan di tangan Allah..Semasa mengambil keputusan memilih UPM sebagai pusat pengajian niat di hati agar berdekatan dengan boyfriend ku semasa sekolah tapi rupanya Allah tentukan untuk dipertemukan dengan Shamsul Bahrin ni....Dan suamiku pula pada masa tu telah mempunyai girlfriend yang menuntut di luar negara. Takdir menentukan bahawa suamiku ini tidak mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara walaupun keputusan SPM nya sangat baik ....Begitulah Allah mentakdirkan segala-galanya.Kita hanya merancang tapi DIA yang menentukan.Namun aku yakin jika kita ikhlas dan jujur Allah akan mendengar permintaan kita dan akan mengabulkan doa kita samada lambat atau cepat .jika tidak di dunia yakinlah akan ada yang Allah akan beri yang lebih baik lagi di akhirat..
Begitulah kisah secara ringkasnya sejarah perkenalan kami....Banyak kenangan suka duka sepanjang kami berkawan sehingga diijabkabulkan.makan masa yang lama jugaklah hampir tujuh tahun barulah kami disatukan sebagai suami isteri...

Siapa sangka Alhamdulillah dengan hidayah dan rahmatNYA yang sentiasa melimpah untuk hambaNYA telah mengubah corak kehidupan kami.....Alhamdulillah Ya Allah semoga hidayahMU untuk kami berkekalan dan janganlah KAU membolak-balikkan hati kami.....
Kini kami bahagia dengan kehidupan sekarang bersama tiga orang cahaya mata yang diamanahkan Allah untuk kami...Semoga kami dapat membimbing mereka ke arah jalan yang Kau redhai Ya Allah... walaupun sentiasa didatangi dengan berbagai-bagai ujian......aku yakin bahawa mereka yang sering diuji adalah hamba yang disayangi oleh Allah. Jika tiada ujian untuk kita maka kita perlu merasa risau..........namun begitu aku selalu berharap agar Allah tidak menguji kami dengan ujian yang tak mampu kami lalui.......

sekian coretan ku pada kali ini semoga Allah swt dengan rahmatNYA sentiasa memberi keampunan kepada kita semua samada di masa lampau,sekarang dan yang akan datang dan semoga DIA memberi keampunan pada semua ummat Islam samada yang masih hidup atau yang telah tiada.............InsyaAllah

1 comment:

  1. amboi-amboi cik abe tak marah ke oh ye nak tanya sikit mata tu shining2 mahal ke

    ReplyDelete