Wednesday, March 21, 2012

Alhamdulillah......

Lama rasanya tak update blog ni..semalam result SPM2011 telah pun diumumkan dan semalam juga adalah harijadi yang ke 18 buat anak sulong kami...Alhamdulillah syukur sangat-sangat dengan keputusan yang diterima..Akhirnya 'abg' telah membuktikan kepada kami yang dia sebenarnya mampu belajar dengan baik dan kami sangat-sangat gembira dengan pencapaiannnya...Sebagai ibu aku berharap agar satu-satunya anak lelaki kami ini bakal mengorak langkah seterusnya dan akan mencapai kejayaan demi kejayaan bagi menjamin masa depan dan seterusnya bakal menguruskan syarikat milik kami suatu hari nanti insyaAllah..